Rabu, 10 Mac 2010

HANTU POKOK

JIN,HANTU,SYAITAN DAN IBLIS

Kehidupan alam ghaib menyimpan 1001 tabir misteri,kadang kala sukar diterjemah melalui minda biasa namun dapat diterima melalui keyakinan dalam jiwa.Begitu juga kehidupan jin,iblis dan syaitan yang dicipta dari api itu merupakan makhluk ghaib yang senantiasa membisikkan kemanisan duniawi dalam diri kita.Bahang dari api rayuannya meniti setiap hati dan relung hati akhirnya menaburkan benih-benih nafsu dan syahwat sehingga manusia tenggelam dalam kenikmatan sementara.
Ramai insan yang terlupa bahawa kesombongan,keangkuhan,dan nafsu berahi merupakan wawasan iblis untuk mencalarkan fitrah insaniah.Dengan kenikmatan duniawi yang sementara manusia menjadi alpa dalam liku liku hidup dan pujuk rayu si iblis laknatullah.sehingga hiduplah dalam kesesatan yang berpanjangan.
Di Blog ini,saya akan memaparkan kisah kisah benar yang berlaku pada masa silam yang diambil dari buku buku rujukan dan pengalaman alim ulama tentang iblis,jin,hantu dan syaitan ini.Selain dari cerita,Blog ini juga memaparkan gambar gambar hantu dan syaitan yang dirakam oleh saudara saudara kita secara tidak sengaja.Dan ketulinannya hanya ALLAH yang tahu.Wallahualam..